Tuesday 29 November 2011
Monday 14 November 2011
Lembaran kerja 3
Cuba teka, siapakah saya?
1. Saya sayur jenis buah,
bentuk saya bulat,
warna saya merah,
rasa saya masam,
mari adik teka,
siapakah saya ?
__________________
2. Saya sayur jenis kekacang,
Saya berkulit hijau,
badan saya pendek,
biji saya berwarna putih,
marilah teka, siapakah saya?
__________________
3. Saya sayur jenis ubi,
isi saya berwarna kuning,
saya sedap digoreng,
tahukah adik, siapakah saya?
______________________
kentang | tomato | bendi |
Lampiran 3
Lirik Lagu :
Ini kebun datuk
Tanam banyak sayur
Ada terung, kangkung
Kentang, kalian, peria
Kucai, tauge, serai
Semua hidup subur
Datuk pandai jaga
Sayur segar semua
Lengkuas, sengkuang
Murah harganya
Brokoli, saderi
Sedap dimakan
Hei
Friday 11 November 2011
Kebun Sayur Datuk
RANCANGAN PENGAJARAN
AKTIVITI | PENGISIAN | CATATAN |
Langkah 1 1. Murid meneliti Gambar tunggal yang dipamerkan oleh guru. 2. Murid bersoal jawab tentang gambar tersebut. 3. Murid menyebutkan nama-nama sayur kegemara mereka. | Ilmu : - Sains Nilai: - Kerajinan KBT: Kontekstual | Lampiran 1 (Gambar kebun sayur) |
Langkah 2 1. Guru memaparkan gambar sayur- sayuran dan murid menamakannya. 2. Murid membaca perkataan yang ditunjukkan oleh guru. Contoh: 1. tomato 2. bayam 3. kentang 3. Murid mencari kad perkataan yang disebut oleh guru lalu menampal pada kad gambar yang disediakan. 4. Murid membaca kata nama yang telah ditampalkan. 5. Guru membimbing muridmembezakan sayur jenis daun, ubi, kekacang dan sayur buah. | Gabung jalin kemahiran: - Membaca. KB: -Menjana idea BCB: membaca kuat | Lampiran 2 (Kata nama) |
Langkah 3 1. Murid menulis perkataan yang disebut oleh guru berdasarkan gambar di papan tulis. 2. Guru membimbing murid menyanyi lagu “Kebun Datuk”. 3. Murid menyanyi sambil meneliti gambar sayur yang ditunjukkan. | BCB: menulis KBT: -Kinestetik -Visual ruang | Lampiran 3 (Lirik lagu) |
Pentaksiran 1. Murid menulis nama sayur berdasarkan gambar yang diberikan. | Lembaran kerja 1 | |
Pemulihan 1. Murid melengkapkan suku kata dalam petak yang disediakan. | Lembaran kerja 2. | |
Pengayaan 1. Murid menulis nama sayur berdasarkan teka-teki yang diberi. | Lembaran kerja 3. |
Subscribe to:
Posts (Atom)